“Apa lagi aktiviti bermain yang puan buat dengan anak di rumah?” tanya saya.
Lama juga ibu ni berfikir. Saya sabar menunggu jawapan.
“Saya main masak-masak dengan dia. Saya tengok TV dengan dia.”
Lama juga ibu ni berfikir. Saya sabar menunggu jawapan.
“Saya main masak-masak dengan dia. Saya tengok TV dengan dia.”
“Puan, tengok TV tak dikira sebagai bermain dengan anak.”
Dah 2 kali saya bertanya, jawapan dia tetap sama. Entah kenapa tengok TV dikira bermain dengan anak.
Dah 2 kali saya bertanya, jawapan dia tetap sama. Entah kenapa tengok TV dikira bermain dengan anak.
Aduh kesian pula dengan budak ni. Usia 3 tahun setengah, cuma tahu 13 perkataan je. Pegang pensel pun kekok. Rupanya pernah pegang pensel sekali dua je. Allahu.
Jadi saya pun cadangkan beberapa aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak atas 2 tahun ni.
Jadi saya pun cadangkan beberapa aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak atas 2 tahun ni.
Cabut dan tampal stiker pada kertas besar atau dalam buku kosong. Anak saya suka stiker Little Pony, ada yang suka stiker kartun kereta.
dapat latih otot jari, lama-lama jadi cekap nak selak muka surat buku satu-satu dan buka butang seluar/ baju.
sambil tampal boleh selit ajar anak pasal bentuk dan warna.
Ajar anak tendang bola masuk dalam gol. Gol tu boleh guna kerusi.
dapat belajar seimbangkan badan dan koordinasi badan.
Bina menara guna blok kayu/plastik dan kemudian robohkan guna bola.
permainan macam ni selalunya anak suka sebab dapat sepahkan mainan.
dapat latih fokus anak untuk bina menara yang lagi tinggi.
Tiup buih sabun dan minta anak kejar untuk letupkan buih.
silap-silap ayah pun join sekali. Haha!
Sembunyikan batu dalam playdough. Anak kena kopek playdough sampai jumpa batu-batu besar tu.
Bantu saya #sebarkan ilmu ni pada mak ayah yang lain. Sama-sama kita belajar untuk kebaikan anak kita semua.
Saya banyak kongsikan ilmu kesihatan bayi dan kanak-kanak serta ilmu kekeluargaan di Channel Telegram rasmi saya
https://t.me/NotaRedzaZainol
https://t.me/NotaRedzaZainol
Read on Twitter